• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Video Zamani, Empat Anggota Polis Digantung Tugas

oleh AK-47
26/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video seorang penyanyi lelaki era 1990-an yang ditahan beberapa hari lalu berhubung kes dadah, telah ditukarkan ke bahagian operasi pejabat atau digantung dari tugas asal.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kesemua mereka masih bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tetapi tidak lagi terlibat dengan kerja berkaitan penyiasatan dan operasi.

“Mereka ditugaskan untuk kerja pejabat atau non-active task. Keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka hanya akan dibuat selepas selesai siasatan,” katanya kepada pemberita pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.

MENARIK – Zamani Bebas Dengan Jaminan Polis, Reman Tidak Disambung

Abdul Samah berkata pihaknya masih menyiasat sekiranya ada lagi anggota yang terlibat dalam insiden yang mencuri perhatian ramai itu kerana klip video yang tersebar di laman sosial itu memaparkan penyanyi berkenaan disuruh menyanyi dengan tangannya bergari ketika dalam tahanan.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.

Abdul Samah berkata siasatan mengenai insiden itu tetap dijalankan walaupun penyanyi berkenaan dilapor telah mengeluarkan kenyataan memaafkan anggota yang melakukan kesalahan itu.

“Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota kerana ini kesalahan serius yang bukan hanya memalukan individu berkenaan malah ia turut mencemarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia,” tegasnya.

http://youtu.be/bCAxQS44g_0

Penyanyi itu dan seorang wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan tempoh reman empat hari terhadap mereka tidak disambung.  – BERNAMA

 

Tags: Artispoliszamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd