• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Daim Salahguna Kuasa: SPRM Jumpa Anwar Ibrahim

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Malah, SPRM juga akan membuka kertas siasatan mengenai dakwaan penyalagunaan kuasa oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu sudah merakamkan keterangan Daim berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tersebut.

Malah, SPRM akan meminta Anwar untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Kami akan bertemu (Anwar) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

“Kami juga menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk tampil,” kata Mohd Shukri dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kenyataan yang diberikan oleh Daim, Anwar dan mana-mana individu lain akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan seterusnya kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

“Semua siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009,” katanya.

Mohd Shukri menjelaskan SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat Daim pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kes berkenaan pada masa itu membuat keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pembangkang itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=mkhKd-FqfR8

Tags: SPRMTun Daim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd