• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Thailand Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Kerajaan Thailand hari ini menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada kerajaan Malaysia di Kompleks ICQ Rantau Panjang di sini.

Sumbangan itu berbentuk keperluan asas, makanan dan perubatan disampaikan Konsul Jeneral Thailand di Kelantan Chakrit Kanjanasoon kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang mewakil kerajaan Malaysia.

Terdahulu ketika berucap, Chakrid berkata kerajaan Thailand telah bersetuju memberikan bantuan sebanyak 500,000 metrik tan beras untuk disalurkan kepada mangsa banjir itu secara berperingkat.

Katanya, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan Thailand terhadap mangsa banjir terutama di Kelantan.

Pada majlis itu sebanyak 5,000 beg yang lengkap dengan keperluan asas diserahkan.

Sementara itu Mohamed Thajudeen meminta mangsa-mangsa banjir yang hilang tempat tinggal selepas `tragedi bah kuning’ di Kelantan baru-baru ini berpindah sementara ke tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebuah kem Askar Wataniah, di negeri ini.

Di ibu negara, seramai 105 orang sukarelawan dari Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menuju ke Pekan hari ini untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di 10 kampung yang terlibat banjir.

Pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir itu dilakukan menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Kuala Lumpur.

Sukarelawan itu akan mengedarkan 550 unit cerek elekrik, 550 periuk nasi elektrik, dapur gas serta beberapa barangan keperluan harian termasuk toto, tuala, pinggan mangkuk dan makanan bernilai RM200,000. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd