• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sentiasa Bersungguh-Sungguh Bantu Kaum India

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan tetap bersungguh-sungguh dalam meneruskan usaha untuk mengubah nasib kaum India di negara ini.

Kerajaan juga akan melipatgandakan usahanya untuk membawa perubahan kepada bahagian yang lebih besar dalam masyarakat itu.

“Saya yakin bahawa kita akan dapat mencapai hasil yang luar biasa dan menerangi kehidupan mereka yang memerlukan dengan ‘nambikei’ (amanah) yang berterusan antara kerajaan dan masyarakat, ” katanya dalam perutusan beliau sempena perayaan Ponggal tahun ini.

MENARIK – Bajet 2015 Mungkin Distruktur Semula – Najib

Kenyataan itu dimuatnaik di laman blog beliau www.najibrazak.com, semalam.

Najib berkata, dengan hari baharu bermula esok, masyarakat India akan menyambut kedatangan bulan ‘Thai’ yang penuh bermakna dalam kalendar India yang dengan sambutan ini menandakan perayaan ‘Ponggal’ bagi meraikan hasil tuaian segar dan kurniaan daripada alam semula jadi.

“Pada masa inilah dalam tahun ini ungkapan ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum sering disebut berulang-ulang.

“Ia membawa makna bahawa permulaan bulan Thai yang membuka jalan bagi peluang-peluang baharu, perasaan paling berpengaruh dalam masyarakat India yang menandakan satu permulaan baharu dalam hidup mereka.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Ponggal Vaalthukal’ saya dan selamat maju jaya kepada semua kaum India Malaysia agar anda menikmati segala kebahagiaan dan kemakmuran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Pembentangan Bajet 2015 Oleh Perdana Menteri

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd