• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Tanggung Kos Operasi Minimum Kem PLKN

oleh AK-47
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Operator kem yang menjalankan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi jaminan akan menerima bayaran bagi menampung kos operasi pada kadar minimum sepanjang masa prorgam itu ditangguhkan.

Presiden Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN) Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata, langkah itu diberitahu oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohamed Asri Yusof dalam pertemuan yang diadakan pada Selasa lepas.

“Ketika ini, kami sedang mengendalikan pelatih PLKN dan mereka dijangka tamat latihan pertengahan Februari ini, manakala dua lagi sesi tidak akan dijalankan berikutan penangguhan yang diumumkan kerajaan.

BACA JUGA – Pengendali Kem PLKN Akan Temui Ketua Pengarah JLKN

“Bagaimanapun, kos operasi kem termasuk membabitkan gaji pekerja, utiliti dan kawalan keselamatan akan tetap dibayar dan ia tentunya melegakan kami,” katanya.

Mstar Online melaporkan, sebelum itu Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata hampir 10,000 kakitangan sam ada pekerja tetap atau kontrak di 81 kem PLKN seluruh negara tidak terjejas walaupun kem berkenaan ditangguhkan operasinya.

Menurut beliau, kakitangan juga tidak perlu risau dengan langkah penangguhan itu kerana ia bersifat sementara.

Selasa lepas juga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perutusan khas tentang kedudukan ekonomi negara membuat pengumuman menangguhkan PLKN dan ia menjimatkan RM400 juta.

Selain itu, penangguhan itu akan membolehkan program PLKN dikaji semula dan ditambah baik.

Ahmad Kamil berkata, kos bagi setiap pelatih bagi kursus PLKN selama 72 hari ialah RM3,200 seorang dan setiap kem di seluruh negara mengendalikan purata 900 orang pelatih setahun.

Pihaknya akan menghasilkan satu kertas cadangan dengan kadar kos paling munasabah untuk dipertimbangkan kerajaan dengan memberi tumpuan kebajikan pekerja dan pengurusan operasi.

“Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada JLKN minggu ini,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mencadangkan supaya 81 kem sedia ada diberi kebenaran untuk diguna sama untuk tujuan lain seperti kursus motivasi dan kegiatan riadah lain bagi memberi pendapatan kepada pengusaha. – MYNEWSHUB.CC

Kawad Kaki Kumpulan Wira (Lelaki) Bravo 2013, Kem Sentosa PLKN  

Tags: KerajaanPLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd