• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Polis Tidak Tahan Mashitah, Ibrahim Ali?” – Guan Eng

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pihak polis mengamalkan sikap `double-standards’ kerana menahan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen tetapi tidak menahan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Datuk Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa, kedua-dua individu itu pernah membuat kenyataan berbaur hasutan berhubung dakwaan pembakaran Al-Quran di Kedah oleh kaum tertentu dan seruan supaya membakar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya tidak mempolitikkan penahanan Eric untuk memastikan ketenteraman awam. Jika begitu Ketua Polis Negara perlu menjelaskan kenapa tidak menahan Mashitah and Ibrahim,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid hari ini memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan Eric sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.

“Jangan lakukan sesuatu dengan niat jahat dan bersekongkol untuk membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan atas nama kebebasan yang boleh merosak dan menghancurkan fabrik masyarakat majmuk,” katanya. ‘

Khalid berkata, berkata tangkapan yang dibuat ke atas Paulsen adalah tangkapan berlandaskan undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masayarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

Eric ssebelum ini mengeluarkan kenyataan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini pada setiap Jumaat dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat. – mynewshub.cc

Tags: Ibrahim AliLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd