• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Lagu ‘Apa Khabar’ Juarai AJL29? Ini Jawapannya

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIASALAH adat pertandingan, pasti akan ada yang menang dan yang kalah. Namun menjadi adat juga, ‘bila rumah sudah siap, pahat berbunyi’!

Ada sesetengah pihak seakan tidak berpuas hati dengan kemenangan diraih lagu Apa Khabar ciptaan SonaOne dan lirik ditulis Joe Flizzow, apatah lagi ia membawa genre hip hop yang masih ‘hijau’ dalam industri seni suara Malaysia.

[WAJIB BACA INI: Apa Khabar Cipta Rekod Lagu Hip Hop Pertama Menang AJL]

Salah seorang juri, Datuk Mokhzani Ismail mempunyai asas dan jawapan kukuh kenapa lagu tersebut menjadi pilihan dan dijulang sebagai juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-29 yang berlangsung Ahad lalu.

tumblr_static_tumblr_static_18t3hyyy3lq848wcgcsowwwk_1280

Dalam tulisannya di laman Facebook Mokhzani berkata,”Pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara amat tepat kerana ia mempunyai ciri-ciri bertaraf antarabangsa selain condong kepada bentuk lagu aliran terkini yng cukup kreatif dari segi melodi yang bersahaja.

“Malah tagline lagu itu yang senang kita ingat iaitu ‘Aku Tanya Apa Khabar’. Keseluruhan melodinya juga mesra. Kalau dikupas liriknya satu persatu dapat dilihat dengan lebih maksud yang Joe Flizzow rapkan.

“Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan. Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-la percintaan dan bentuk yang stereotype.”

Anugerah Juara Lagu 29 / AJL

Ujar beliau lagi, pemilihan lagu terbaik dapat ditentukan melalui kreativiti melodi dan kupasan lirik dalam penyampaiannya dan beliau menyimpulkan, kualiti tetap menjadi perkara pokok dalam menentukan juara.

“Muzik Malaysia ini kalau boleh kita mahu ke pasaran antarabangsa. Kalau tak dia hanya berlegar-legar dari Perlis ke Sabah saja.”

Beliau turut mengakui, sebelum ini, lagu dalam kategori balada banyak mendominasi pertandingan tersebut kerana ia mesra halwa telinga, namun melodinya tidak banyak berubah.

“Yang balada ini kalau ia boleh melarikan dari kebiasaan, baru akan nampak kelainan. Bukan tak bagus, kualitinya ada tapi banyak sangat lagu sedemikian di pasaran. Malah kalau dipanggil juri luar negara pun pasti mereka melihat dari persepsi yang sama.”

Dalam penulisan sama, beliau turut berkata, sudah sampai masanya industri hiburan mengubah aliran dan menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Sebelum ini, lagu Apa Khabar turut diangkat sebagai Lagu Terbaik Hip Hop di Anugerah Industri Muzik yang berlangsung hujung tahun lalu.

Ramai sedia maklum, lagu itu cukup personal kepada pelantunnya, Joe Flizzow kerana ia ditujukan khas buat rakan duetnya dalam Too Phat iaitu Malique. – MYNEWSHUB.CC

Persembahan Lagu Apa Khabar Oleh  Joe Flizzow & SonaOne Di AJL29

https://www.youtube.com/watch?v=ww9E2UWm6Yk

Tags: AJL29joe flizzowsonaone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Hannah Yeoh ‘Tegur’ Joe Flizzow

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: "Pakaian sekolahnya tak seperti pakaian sekolah yang normal. Dia memakai seluar 'baggy' dan baju selalunya tak 'tuck in'...

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

14/05/2023
0

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak pernah mempunyai sengketa dengan penyanyi, Malique, 45,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd