Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Tapak Jualan Hangus, Peniaga...

Para peniaga bazar larut malam (uptown) Seksyen 24, Shah Alam menzahirkan rasa kecewa...

‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’

Kumpulan Rock Nombor 1 Indonesia Kembali Ke Malaysia Adakan Konsert Di Lokasi Lebih...

Misbun, Chong Wei Kerjasama...

SHAH ALAM – Ketua jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan jaguh badminton negara,...

GAMBAR: Terselamat Walaupun Kereta...

SEKALI lihat, memang kita akan menyangka pemandu dan penumpang yang berada dalam kereta...

Kelakar Habis! Insiden Tak Dijangka Ketika ‘Live’ Di TV

Seperti yang semua sedia maklum, setiap kali laporan berita disiarkan secara langsung, pihak produksi akan memastikan ia dibuat secara teliti agar berjalan lancar dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Namun lumrah kehidupan, kadang-kadang apa yang dirancang tidak berjaya dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

Buat pihak produksi, situasi seperti ini memang akan memeningkan kepala. Tapi buat penonton, ia merupakan insiden yang akan membuatkan mereka tak kering gusi.

Mari kita lihat situasi-situasi canggung yang berlaku ketika siaran secara langsung dipaparkan di kaca televisyen.

anigif_enhanced-buzz-31176-1420661811-20

Rasanya, kalau krew tersebut tidak bertindak dengan keluar dari set secara tergesa-gesa (berlari secara ‘reverse’) dan memilih untuk buat biasa-biasa sahaja, insiden ini tidak akan menjadi kelakar, kan?

anigif_enhanced-buzz-9736-1420666902-9

Mesti malu habis wanita yang melintas di belakang wartawan yang sedang membuat lintas langsung itu. Apa taknya, dia tergolek ketika satu negara sedang menonton laporan berita.

anigif_enhanced-buzz-14337-1420661827-4

Kalau insiden di atas menjadi kelakar disebabkan krew bertindak berlari secara tergesa-gesa, tetapi dalam kejadian ini, individu di belakang mengambil keputusan untuk bergerak secara perlahan-lahan sambil menolak kerusi rodanya.


anigif_enhanced-buzz-22717-1420661782-10

Sebenarnya, masalah paling utama yang selalu menimpa jurukamera dan wartawan penyiaran adalah untuk mengawal tingkah laku orang awam. Tak percaya, tengoklah insiden di atas!

anigif_enhanced-buzz-22758-1420661064-20

Ya, insiden ini juga agak kelakar kerana wanita di belakang bertindak menunduk secara laju-laju setelah tersedar dirinya turut dirakam. Panik agaknya!

anigif_enhanced-buzz-27163-1420833923-6

Insiden tak dijangka seperti imej-imej di atas juga pernah menimpa stesen TV di Malaysia apabila salah seorang krew produksi secara tidak sengaja memasuki set pembaca berita dan menyerahkan salinan berita kepada ‘anchor’ ketika siaran sedang keudara.

https://www.youtube.com/watch?v=whxfa9-0He8

Selain itu, ada satu insiden ‘comel’ yang berlaku terhadap pelakon yang juga pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah apabila dia tersasul mengumumkan rancangan tersebut sudah sampai ke penghujung siaran sedangkan mereka masih bersiaran.

MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori