• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam.. Suami Paksa Isteri Teguk Asid Di Kuala Lipis

oleh AK-47
08/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI adalah amanah yang perlu dijaga dan dilindungi oleh insan bergelar suami.

Lain pula kisah pasangan suami isteri yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang di mana si isteri menjadi mangsa kekejaman suami sendiri.

Mangsa, 30 tahun yang merupakan warga Indonesia dikatakan telah dipaksa meneguk asid sebelum disimbah cairan berbahaya tersebut di seluruh badannya.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 11 malam ini menyebabkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan cedera parah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.

“Suspek yang juga warga Indonesia kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguk namun isterinya enggan berbuat demikian,” ujarnya.

Tambah Abdul Razak, suspek dan mangsa kemudiannya bergelut sebelum suspek bertindak mencurah cecair itu ke badan mangsa.

Hal ini menyebabkan mangsa menggelupur dan menjerit kesakitan sebelum dibantu jiran-jiran.

Suspek yang turut cedera dalam kejadian itu segera melarikan diri namun berjaya diberkas pihak polis di Raub. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO KES SIMBAH ASID

https://www.youtube.com/watch?v=_uNJLQrPCho

Tags: kejamSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd