• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Kesihatan Nik Aziz Semakin Stabil

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semakin stabil.

Anak kelimanya Nik Mohamad Abduh berkata perkembangan ayahnya menunjukkan reaksi lebih positif hari ini dan beliau semakin bertenaga.

Beliau berkata buat masa ini, tiada sebarang keperluan untuk ayahnya dipindahkan ke wad biasa kerana rawatan di ICU adalah yang terbaik.

“Rawatan dan perkembangan ayah sentiasa mendapat pemantauan terbaik. Bila nak keluar wad, itu kita belum pasti, yang penting dia dirawat dan berehat secukupnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata ayahnya juga turut dimaklumkan mengenai kemangkatan Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, dan telah memberi respons seperti biasa dan bertanya sedikit sebanyak berhubung kemangkatan Raja Arab Saudi itu.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata Nik Abdul Aziz masih dapat mengingati beliau walaupun berada dalam keadaan tidak sihat.

“Saya juga difahamkan alat bantuan pernafasan juga telah dibuka,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarahi Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS itu, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, 84, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan dari 1990 hingga 2013. -BERNAMA

Tags: Nik AbduhNik Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd