• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Sabah Rampas 26kg Dadah Bernilai Rm4.9 Juta

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah methamphetamine bernilai RM4,940,000 berikutan penahanan dua individu di sebuah syarikat penghantaran barang di Tawau, Jumaat lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata dadah seberat 26 kilogram itu dirampas daripada suspek yang menuntut bungkusan itu di syarikat berkenaan pada 3.45 petang.

“Dua individu lelaki yang berumur 54 dan 56 tahun ditahan ketika sedang memasukkan bungkusan itu ke dalam kenderaan,” katanya dalam sidang media di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Janathan berkata pihaknya membuat intipan selepas mendapati bungkusan itu mengandungi bahan terlarang yang dikesan melalui mesin pengimbas.

Beliau berkata suspek warga tempatan itu kini ditahan di bawah Seksyen 31B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, ini merupakan rampasan terbesar JKDM Sabah sejak 2012.

Sementara itu, Janathan berkata sejak tahun 2012 hingga Januari tahun ini, sebanyak 13 kes tangkapan dadah di rekodkan di negeri ini melibatkan nilai sebanyak RM10.1 juta.

Katanya, sebanyak 19 individu didakwa di mahkamah iaitu 10 warga tempatan dan sembilan warga asing. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd