Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Ban Pecah, Taman Saujana...

KUALA LANGAT - Penduduk di sekitar Taman Saujana Putra Mira, di sini, panik...

Keputusan Pembinaan LPT3 Diumum...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa...

153 Pelajar Positif COVID-19,...

MELAKA: Seramai 153 pelajar dari tujuh sekolah termasuk sebuah sekolah berasrama penuh disahkan...

Jual Nama Menteri Hal...

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut, Belakang Kepala Didapati Retak

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemui mati di sebuah bilik di unit flat di sini meninggal dunia akibat trauma objek tumpul di kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata laporan bedah siasat mendedahkan bahawa mangsa mengalami keretakan di bahagian belakang kepala dan cedera di bahagian dahi.

“Dipercayai keretakan di belakang kepala kanak-kanak itu disebabkan oleh objek yang keras atau tumpul.

“Kami sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Dilaporkan bahawa ibu anak kecil itu yang berusia 36 tahun, seorang pekerja asing tanpa izin, telah mendapati anaknya terbaring kaku di dalam biliknya pada Khamis.


Dia meninggalkan anak perempuannya itu sendirian di dalam bilik ketika sedang membasuh pakaian di bilik mandi di flat mereka di Jalan Emas Putih di Skudai.

Mohd Khamsani berkata polis menahan ibu kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.

“Dia telah ditahan oleh Jabatan Imigresen di bawah Seksyen 6 (1) (C) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya. – mStar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori