LABIS – Seorang pekerja sebuah estet di Chaah, dekat sini, terkejut apabila menjumpai mayat bayi lelaki masih bertali tali pusat di sebuah parit di ladang tersebut kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat bayi malang tersebut dijumpai pekerja berkenaan yang ingin memulakan kerja-kerja pembersihan.
“Pada awalnya, pekerja berkenaan menyangka objek yang dilihat dalam parit tersebut adalah anak patung kerana parit terletak berhampiran beberapa rumah.
“Pekerja tersebut kemudian cuba menghampiri objek berkenaan sebelum mendapati ia mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan kelihatan seperti baharu dilahirkan,†katanya.
Menurutnya, pekerja tersebut kemudian membuat laporan polis dan hasil siasatan Unit Forensik Polis Daerah Muar mendapati bayi tersebut sudah meninggal lebih dari 24 jam sebelum dijumpai.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut tidak mendapati sebarang tanda kecederaan pada mayat bayi tersebut.
“Pihak polis akan menjalankan rekod semakan pemeriksaan ibu mengandung di klinik desa berhampiran kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan kes ini.
“Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Saksi kes ini boleh tampil membantu siasatan,†katanya. – Sinar Harian Online
https://www.youtube.com/watch?v=VMoAbB32bfo

