• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sabah meningkat pagi ini kepada 1,233 orang berbanding 1,214 orang malam tadi.

Di Beaufort, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata bilangan mangsa di dua pusat pemindahan kekal 195 orang daripada 42 keluarga sementara di Membakut, dua pusat pemindahan di Dewan Baru Membakut dan SMK Beaufort Dua merekodkan peningkatan jumlah mangsa seramai 1,038 orang berbanding 1,019 orang semalam.

Di Sarawak, keadaan beransur pulih dengan 1,684 orang berada di pusat pemindahan berbanding 1,752 orang malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata sembilan pusat pemindahan masih beroperasi dengan Bahagian Samarahan menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 788 orang, Limbang (570), Miri (249) dan Mukah (77).

Di Kelantan, jumlahnya kekal 255 orang daripada 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.

Jurucakap MKN berkata sehingga pukul 8 pagi, kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid ekoran banjir bulan lepas.- BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manchester City Tersingkir, Rebah 2-0 Kepada Middlesbrough

Next Post

Doktor Minta Kurangkan Lawatan Ziarah Terhadap Nik Aziz

Related Posts

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Doktor Minta Kurangkan Lawatan Ziarah Terhadap Nik Aziz

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd