• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawi Tak Jadi Tangkap Gadis Dalam Insiden Peluk K-Pop

oleh AK-47
25/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kontroversi tiga gadis remaja dilihat berpeluk dan dicium anggota kumpulan B1A4 dalam sebuah konsert K-Pop baru-baru ini, mereka berkemungkinan terlepas daripada dikenakan tindakan.

Ini ekoran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Memetik laporan mStar Online, sumber dalaman mendedahkan jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila hingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

“Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

“Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan kaunseling,” katanya.

Sebelum ini, aksi berpeluk dan bercium ketiga-tiga gadis beragama Islam bersama kumpulan K-Pop itu menjadi viral di media sosial hingga mencetuskan kecaman daripada pelbagai pihak.

kpop

Kumpulan K-Pop, B1A4 yang mencetuskan kontroversi di Malaysia membabitkan tiga gadis bertudung dalam mini konsert mereka, baru-baru ini.

Kumpulan K-Pop, B1A4 yang mencetuskan kontroversi di Malaysia membabitkan tiga gadis bertudung dalam mini konsert mereka, baru-baru ini.

Susulan itu Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya mengeluarkan kenyataan bahawa waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga remaja berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Malah Jawi dikatakan turut membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan kesalahan, remaja berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun setelah perbincangan terbaharu dibuat, tiada waran akan dikeluarkan untuk menangkap mereka. – MYNEWSHUB.CC

Video Kontroversi Gadis Bersama Kumpulan K-Pop
https://www.youtube.com/watch?v=cTsMvEW4G0M

Tags: gadis bertudungJAWIK-Pop
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea...

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd