• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politikkan Isu Kerajaan Campuran

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengasas Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub meminta semua pihak termasuk pemimpin politik supaya tidak mempolitikkan kenyataannya berhubung saranan mewujudkan kerajaan campuran di Kelantan.

Hussamuddin berkata beliau tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi dan pandangan yang dilontarkan pelbagai pihak terhadapnya berhubung isu itu adalah bercanggah daripada hakikat sebenar.

“Ada pemimpin politik yang cakap saya sengaja nak lariskan (akhbar) Sinar Harian, sebab itu saya keluarkan kenyataan minta PAS Kelantan dan Umno Kelantan wujudkan kerajaan campuran.

“Kenyataan saya dipolitikkan oleh ahli politik yang bangkrap idea, dia tahu ke apa niat saya…kenapa saya sarankan begitu. Niat saya yang baik telah dipolitikkan,” katanya dalam satu sidang media di Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa semalam, yang menolak cadangan kerajaan campuran di Kelantan serta mendakwa beliau cuba melariskan jualan akhbarnya dengan menggesa Umno serta PAS bergabung di Kelantan.

Jelas Hussamuddin, saranan mewujudkan kerajaan campuran di Kelantan dilihat sebagai langkah terbaik dalam membangunkan semula negeri itu yang hampir musnah akibat banjir.

“Sebelum banjir, negeri Kelantan dilihat mundur 40 tahun kebelakang dari negeri-negeri lain dan selepas banjir, mungkin akan mundur seolah-olah 80 tahun kebelakang disebabkan penduduk serta peniaga di negeri itu kehilangan tempat tinggal dan perniagaan mereka.

“Di sini saya tidak bercakap sebagai ahli politik kerana saya bukan politician, saya adalah usahawan dan saya juga rakyat Kelantan… kenapa saya kata perlu bergabung? Ini kerana pentadbiran sekarang tidak begitu cekap untuk menguruskan semuanya secara sempurna,” katanya.

Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar terbitan syarikatnya Sinar Harian baru-baru ini, Hussamuddin menyeru kepimpinan PAS dan Umno di Kelantan membentuk kerajaan campuran dan mengetepikan kepentingan politik masing-masing demi memastikan rakyat Kelantan mampu bangkit menghadapi situasi selepas banjir yang meranapkan kediaman serta harta benda mereka.

Hussamuddin berkata rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam kemelut politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Hussamuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd