• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politik Atau Manipulasi Tangkapan Eric Paulsen – KPN

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan peguam Eric Paulsen sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.

“Jangan lakukan sesuatu dengan niat jahat dan bersekongkol untuk membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan atas nama kebebasan yang boleh merosak dan menghancurkan fabrik masyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tangkapan yang dibuat ke atas Paulsen adalah tangkapan berlandaskan undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masayarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

Beliau juga menyeru masyarakat agar tidak mengambil mudah keamanan yang dikecapi dan jangan lakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan kerana ia membawa implikasi keselamatan yang amat serius.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa jua yang melanggar undang-undang di negara ini, demi menjaga hak dan kebebasan rakyat untuk hidup aman dan damai tanpa dihasut oleh pihak yang mempunyai agenda tersirat,” katanya.

Pulsen mengeluarkan kenyataan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

Paulsen menerusi catatan di laman Twitternya pada Jumaat lepas berkata: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.

Kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Khalid dalam laman Twitternya pada 9.40 malam tadi mengesahkan bahawa Paulsen ditangkap di Brickfields. – BERNAMA

Tags: Eric Paulsenkhalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd