• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Konsert Kpop, JAKIM Kesal Garis Panduan 2007 Tak Dirujuk

oleh AK-47
13/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

INSIDEN memalukan membabitkan gadis bertudung yang berkelakuan tidak sepatutnya di sebuah mini konsert kumpulan K-Pop semalam, terus mendapat perhatian ramai termasuk pihak berwajib.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyatakan pihak berkuasa agama itu akan mengambil tindakan sewajarnya ekoran kejadian ini.

Antaranya, mengatur kerjasama dengan pihak PUSPAL (Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) yang akan memanggil pihak penganjur bagi memberi penjelasan.

Dato' Haji Othman Mustapha
Dato’ Haji Othman Mustapha

Perkara ini diumumkan Ketua Pengarah JAKIM Dato Haji Othman Mustapha menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau insiden yang berlaku itu sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila gadis melayu Muslim dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan.

Perlakuan tidak senonoh dihadapan umum ini ujarnya, sememangnya boleh dijangka apabila konsert yang dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding keburukan kesan penganjurannya.

Dalam kes ini, Jakim berpendapat penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan. Atas tanggungjawab inilah Jakim telah sedari awal mengambil inisiatif menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam; terbitan Jakim sejak tahun 2007. Namun, sejauh mana Garis Panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program boleh dipertikaikan.

Justeru Othman menyeru agar mana-mana penganjur dan mereka yang terlibat meluluskan konsert meletakkan tanggungjawab yang serius dalam mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dalam penganjuran sesuatu aktiviti.

Manakala generasi muda pula, harus bijak menentukan program untuk dihadiri dan sentiasa peliharalah akhlak dan harga diri. Ketika berhibur pula, tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak dan boleh menjelekkan pandangan masyarakat umum. Sebaliknya mereka perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah rasa malu.

“Walaupun pihak kerajaan sedaya upaya menyediakan pelbagai bentuk aktiviti dan program untuk remaja dan belia namun pemantauan dan didikan dari ibubapa juga adalah penting bagi menasihati dan mengawal aktiviti anak-anak dari terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat,” akhiri Othman. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=2RMfNoAB1jU

Tags: Korea Pop
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu K-Pop – Inilah Perbandingan Paling Luar Konteks

13/01/2015
0

Isu beberapa gadis Islam bertudung membenarkan diri mereka dipeluk dan dicium artis sebuah kumpulan K-Pop dari Korea masih belum reda...

Inilah Video Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Artis K-Pop

14/01/2015
0

Pasti ramai yang masih keliru dengan kes gadis muslim yang dipeluk atas pentas oleh artis K-pop. Kami hanya mampu geleng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd