WAKIL Indonesia dalam pertandingan ratu cantik dunia, Miss Universe 2015, Ratu Indonesia Elvira Devinamira memenangi Pakaian Kebangsaan Terbaik di pertandingan Ratu Universe ke-63 di Miami, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.
Pakaian Elvira yang berinspirasikan candi Borobudur dipilih menjadi finalis bagi kategori itu bersama-sama Miss Argentina, Kanada, Jerman dan India.
Pemenang ditentukan menerusi laman mikro Twitter berdasarkan jumlah mention hashtag terbanyak bagi setiap finalis untuk kategori sampingan itu.

Dalam pertandingan itu, Ratu Columbia, Paulina Vega memenangi gelaran Miss Universe 2015 menewaskan pesaingnya, Ratu Amerika Syarikat, Nia Sanchez.   – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=75Jp7LgBpmc