Memetik laporan portal Detik.com, Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan meminta pemeriksaan kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hanya dilakukan di negara mereka.
Menurut beliau, penyiasatan dan pemeriksaan akan dimulakan sebaik alat perakam berkenaan ditemui.
“Kotak hitam perlu dianalisis di Indonesia, tidak boleh di negara asing,†katanya.
Menurut Jonan, hanya negara pengeluar Airbus sahaja yang dibenarkan menyertai siasatan yang bakal dikendalikan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT).
Memandangkan Perancis merupakan selaku pengeluar pesawat Airbus, hanya negara tersebut dibenarkan dalam prosedur pemeriksaan kotak hitam.
Langkah ini perlu bagi memastikan pemeriksaan dijalankan secara berkecuali, katanya.
“Untuk berlaku adil, siasatan KNKT harus membabitkan Perancis, selaku pengeluar Airbus,†tegasnya.
–MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=aFdGhbJ27oM
Oleh: hzqahmd