• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki: Jepun Waspada Serangan Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Jurulatih hoki Jepun, Kang Keon Wook menyifatkan Malaysia sebagai satu pasukan yang kuat dan mereka akan lebih berwaspada dengan serangan daripada anak buah Tai Beng Hai nanti.

Jepun akan bertemu Malaysia pada perlawanan separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 esok, selepas menewaskan Ukraine, 5-0, pada pusingan suku akhir di Stadium Hoki Sengkang, semalam, manakala Malaysia mengalahkan Mexico, 10-1 di venue sama.

Kang berkata beliau bimbang pasukannya tidak dapat membalas serangan daripada Malaysia kerana baginya, kekuatan skuad negara adalah menyerang, menjaringkan gol dan menukar sudut penalti.

“Persiapan kami untuk separuh akhir…Malaysia merupakan satu daripada pasukan terkuat pada kejohanan ini, kami perlu membuat persediaan yang lebih baik jika ingin ke peringkat akhir.

“Tetapi, menang atau kalah tidak penting kerana yang paling utama adalah bagaimana kami bermain dalam perlawanan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kang berkata, walaupun Jepun mempunyai pemain yang mempunyai kemahiran lebih baik dalam menjaringkan gol, tetapi mereka tidak boleh mengatasi kelajuan yang ditunjukkan kebanyakan pemain negara.

Beliau berkata Malaysia merupakan pasukan yang tersusun, justeru beliau akan menggunakan lebih banyak strategi menyerang berbanding pertahanan.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Beng Hai berkata walaupun ranking Jepun jatuh ke nombor 15 daripada nombor 14, mereka masih lawan yang sukar dikalahkan.

Beng Hai juga mahu anak buahnya berjaga-jaga dengan Jepun kerana pasukan dari negara matahari terbit itu sangat tersusun dari segi persiapan mental dan fizikal.

Ketua pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim berkata beliau percaya sekiranya Malaysia tidak membuat sebarang kesilapan, mereka akan dapat mengalahkan Jepun dengan mudah. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd