• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Beng Hee Layak Ke Pusingan Kedua Kejohanan TAC

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor tujuh dunia, Ong Beng Hee merupakan satu-satunya pemain negara yang berjaya melepasi halangan pertama pusingan kelayakan Tournament of Champions (TOC) J.P Morgan 2015, kejohanan Skuasy Sedunia Lelaki pertama tahun ini yang berlangsung di Terminal Grand Central, New York City, Rabu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu adalah pilihan pertama kelayakan berusaha melepasi undian utama dengan mengalahkan pemain tempatan, Chris Hanson 11-8, 11-6,10-12 dan 11-6, menurut laman web kejohanan www.tocsquash.com.

Beng Hee, yang tidak bertanding dalam acara profesional sejak Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki November lalu, akan bertemu Mohd Ali Anwar Reda dari Mesir yang menewaskan pemain Kanada Shawn Delierre 14-16, 11-6, 11-8 dan 11-9 pada pusingan kedua.

Rakan sepasukannya, pemain nombor satu negara yang baru Mohd Nafiizwan Adnan dan pemain bebas Mohd Asyraf Azan gagal melepasi halangan pertama dalam pusingan kelayakan.

Mohd Asyraf kalah 11-4, 11-0 dan 11-8 kepada pilihan kedua Mazen Hesham dari Mesir manakala Mohd Nafiizwan tidak meneruskan permainan selepas menang set pertama 11-2 ketika menentang pemain Mexico Alfredo Avila.

Menurut laman web itu, Juara Dunia PSA 2014 Ramy Ashour terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan manakala bekas pemain nombor satu dunia dari England James Willstrop, yang menjalani pembedahan pada pinggul September 2014, tidak dapat bermain kerana kecederaan itu.

Dalam acara wanita, ratu skuasy negara dan juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David akan beraksi buat kali pertama selepas merangkul kejuaraan kali kelapan dunia Disember lepas.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun yang juga juara bertahan itu akan memulakan kempen bersama-sama pemain nombor dua negara, Low Wee Wern pada Isnin. – BERNAMA

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd