MAYAT seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam keadaan amat ngeri dan menyedihkan apabila beberapa anggota badannya dicincang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sendiri di Bulawayo, Zimbabwe.
Lebih kejam Trust Moyo, 27, turut mencungkil mata mangsa menggunakan pemutar skru sebelum dimasak untuk dimakan.
Mayat mangsa ditemui pihak polis selepas suspek yang berkelakuan tiada apa-apa berlaku membuat laporan konon bapanya sudah tenat.
Trust dilaporkan membunuh bapanya, Mbolandi Moyo dengan menggunakan wayar untuk menjerut lehernya.
Jurucakap polis Bulawayo, Mandlenskosi Moyo mengesahkan kes pembunuhan ini, tetapi enggan memberi butiran lanjut.
“Saya mengesahkan seorang lelaki membunuh bapanya tetapi saya tidak boleh memberitahu secara terperinci,†kata Mandlenskosi.
Penduduk kampung menyifatkan pembunuhan tersebut amat mengerikan.
Ada jiran dikatakan bercerita, mangsa pernah mengadu anaknya hendak membunuhnya namun tiada siapa percaya ekoran anak beranak ini dilihat memang sering kali bergaduh. - MYNEWSHUB.CC
V
ideo Pembunuhan Kejam Dunia
https://www.youtube.com/watch?v=z7AGIy9_GgI