Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

46 Pembimbing Ibadah, 3...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan 46 Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci  (Pihtas) dan tiga pakar rujuk di Tanah Suci...

Tuntutan RM1,500 Sebulan Tak...

AKTRES popular, Rita Rudaini Mokhtar, 39, menolak saranan dikemukakan peguam bekas suaminya, Aidil Zafuan...

DAP Yakin Perintah Johor...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi keyakinan parti itu konon akan dapat memerintah Johor...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib...

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Disember bagi menjatuhkan hukuman terhadap...

Euuu! Pelanggan Jumpa Gigi Dalam Kentang Goreng McDonald’s

JIJIK! Portal news.com melaporkan, gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera terkemuka, McDonalds di Jepun.

Insiden ini menambahburukkan lagi jenama tersebut di Jepun setelah laporan tentang penemuan plastik dalam nugget dan kekurangan bekalan kentang sebelum ini.

644673-mcdonalds-sales

Menurut timbalan presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka.

“Kami tak pasti bagaimana gigi boleh masuk ke dalam kentang tersebut,” ujarnya yang pasti bahawa ia tidak dimasak bersama-sama makanan ringan itu.

Pelanggan terbabit mendakwa, “Saya hanya akan menerima permohonan maaf mereka andai pengurusnya datang sendiri ke sini.


“Pengurusnya tak banyak bercakap bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut dan tindakan yang bakal mereka ambil pada masa hadapan.

“Saya mempunyai anak kecil dan ia menakutkan andai anak saya tercekik gigi itu ketika dia menelan makanan yang dibeli.”

Menurut McD, siasatan mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut dan kemungkinan amat rendah untuk menyatakan bungkusan kentang goreng yang dibekalkan kilang di Amerika Syarikat telah tercemar dengan gigi.
MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Berita  Penemuan Gigi Dalam Kentang Goreng McDonalds

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori