KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Richter melanda kawasan Kepulauan Aru di Indonesia pada 4.25 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata gempa itu berpusat di 607 kilometer tenggara Sorong, Indonesia dan 2,037 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
MetMalaysia akan mengeluarkan maklumat tambahan berhubung gempa itu lewat hari ini, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

