• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gary Berhak Tentukan Masa Depannya Sendiri

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Sukan, Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat berhak menentukan masa depannya sendiri, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata sekiranya Gary memilih untuk beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), semua pihak seharusnya menghormati keputusan pemain berkenaan.

“Ini hak pemain. Sepatutnya terpulang kepada pemain itu sendiri. Jika dia (Gary) tidak mahu beraksi dengan Pahang mahupun Kedah dan memilih untuk beraksi bersama Johor (JDT), itu terpulang kepada dia.

“Saya tidak faham, macam mana ada persatuan (bola sepak) dalam negara yang masih terfikir memaksa pemain beraksi untuk mereka,” katanya pada sidang media di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian mengulas kontroversi yang timbul mengenai pasukan yang berhak mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu bagi saingan Liga Malaysia 2015.

Tunku Mahkota Johor itu, bagaimanapun berkata segala keputusan mengenai kedudukan Gary akan ditentukan oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Ismail berkata PBNJ telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai isu Gary dan menyedari bahawa pihaknya mungkin perlu membayar ganti rugi kepada KFA.

Gary yang kini menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan di Australia, menimbulkan kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, JDT dan Kedah sebaik saja pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.

Pemain berasal dari Kulim, Kedah, itu muncul pada majlis memperkenal pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lepas, namun statusnya masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan syarat FAM yang menetapkan mana-mana pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia di bawah 23 tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing-masing sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=mM7n_yStRsI

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd