• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui

oleh AK-47
08/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISI pencarian pesawat QZ8501 yang sudah memasuki hari ke-11 hari ini menemui bukti memberangsangkan apabila Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemui serpihan ekor, dipercayai milik pesawat malang itu.

Telahan itu terbukti apabila beberapa bahagian ekor yang ditemui berjaya disuaipadan dengan foto sebenar pesawat yang diambil menerusi dokumentasi Jetphotos.Net.

dalam

Tiga gambar ekor pesawat yang diambil oleh pasukan penyelam dari bawah laut, menjadi bukti penemuan berkenaan.

Gambar pertama menunjukkan tulisan ‘AX’ yang merupakan serpihan nombor pendaftaran pesawat PK-AXC.

Gambar kedua bertulis ‘Air’ pula, jelas sepadan dengan perkataan AirAsia di bahagian ekor pesawat dan gambar ketiga memperlihatkan bahagian dalam ekor pesawat tersebut.

Ketua Basarnas Bambang Soelistyo memberitahu, objek itu dikesan pukul 10.30 pagi tadi.

Sejajar perkembangan terbaharu ini, pasukan SAR yakin operasi mencari mayat dan serpihan pesawat lain akan berjalan lancar. Keadaan cuaca juga dilaporkan sangat baik di kawasan operasi yang terletak di perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Salah seorang penyelam yang menjumpai ekor tersebut, Mayor Sersan Dovlen berkongsi cerita mengenai kondisi pesawat QZ8501 yang ditemui sudah hancur.

“Saat ditemukan, sebahagian objek dalam keadaan hancur dan ekor sudah terbahagi dua,” ujarnya.

Semoga penemuan ini memberi harapan cerah agar kesemua mayat mangsa, badan pesawat dan kotak hitam berjaya ditemui dengan segera. –MYNEWSHUB.CC

DISYORKAN BACA : Basarnas Kesan Objek Dipercayai Ekor Pesawat AirAsia QZ8501

VIDEO PENEMUAN EKOR PESAWAT QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=SyY7SCfZi2o

VIDEO KRONOLOGI PESAWAT QZ8501

Oleh: FARAH

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd