• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Aziz Terlantar Uzur.. Benarkah Ini Gambar Lama?

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gambar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut,” katanya.

Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.

– BERNAMA

Tags: Nik Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

05/06/2023
0

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pengiktirafan atas...

Mahathir Pengganti Nik Aziz Dalam Pakatan?

07/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengganti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd