• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabenor Bali Arah Penduduk Bunuh Anjing Jalanan

oleh
01/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENPASAR – Kesal dengan kehadiran lebih setengah juta anjing liar, Gabenor Bali, Made Mangku Pastika mengarahkan penduduk di pulau pelancongan terkenal itu membunuh sahaja haiwan tersebut jika melihat ia berkeliaran di jalanan.

Akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas pada Sabtu melaporkan, tindakan amat drastik itu terpaksa dibuat ekoran peningkatan kes penduduk yang menghidap rabbies atau penyakit anjing gila akibat pernah diserang mamalia tersebut.

Meskipun usaha murni itu dibantah badan kebajikan haiwan tempatan dan antarabangsa, beliau bertegas, langkah pembunuhan lebih 500,000 ekor anjing berkenaan sudah sampai ke tahap darurat sebelum keadaan bertambah lebih teruk.

“Warga Bali cuma empat juta orang dan ini bermakna nisbah setiap lapan orang bertemu seekor anjing liar berpotensi dijangkiti kuman anjing gila sehingga wang bajet pemerintah untuk beli vaksin habis bazir sia-sia begitu sahaja,” tegas Made.

Sekumpulan anjing jalanan yang berjaya dibunuh penduduk Bali dalam operasi khas untuk membanteras penyakit anjing gila di pulau itu.

Beliau menambah, pihak berkuasa wilayah itu sudah berusaha sehabis maksimum untuk menangani kes anjing gila yang bertambah setiap hari padahal anjing yang menjadi penyebab utama bebas berkeliaran mencari ramai mangsa baharu.

Ujar Made, jika gagal dikurangkan jumlah haiwan itu, penduduk khasnya kanak-kanak, wanita dan orang tua akan hidup dalam ketakutan sehingga berasa bimbang berjalan di luar rumah sekali gus menjejaskan produktiviti industri pelancongan.

Beliau turut membandingkan anjing di Bali jauh berbeza daripada Australia yang dijaga rapi oleh pemiliknya dengan menerima rutin rawatan khusus termasuk vaksin rabbies daripada doktor haiwan dan menikmati makanan sihat berkhasiat.

“Sebaliknya di Bali, anjing di pulau ini amat pengotor walaupun yang dipelihara jinak di dalam rumah, dan masih tidak dapat rawatan secara berkala, malah dibiarkan di jalanan bebas ganggu penduduk secara agresif,” jelas Made. – Agensi

Tags: anjingBalibunuhdoktorGILAhaiwanPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd