Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cukup-Cukup La Amalan Politik...

Bukan hanya ketika hendak menghadapi PRN Melaka adanya sebahagian ahli parlimen UMNO yang agak rasa gelisah dan serbasalah.

Bedah Siasat Kim Jong-nam...

KUALA LUMPUR: Autopsi mayat Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un,...

PABM Usaha Tepat Dalam...

PERDANA Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan...

Amalina Che Bakri, Digelar...

MASIH ingat dengan pelajar pintar, Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara...

Peminat Fafau Sujud Syukur.. Tak Sangka Ditaja Buat Umrah

KAGUM kami melihat peribadi pelakon, pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana yang bermurah hati menaja sepasang suami isteri ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Pemberian Fara Fauzana yang senang disapa Fafau ini amat besar maknanya kerana sanggup merealisasikan impian orang lain bagi melakukan ibadah suruhan Allah SWT itu.

10949065_1426506007641285_1549790451_n
Pasangan yang ditaja Fara Fauzana untuk mengerjakan umrah.

Bercerita kisah di sebalik kejadian, Fafau memberitahu dia menemui pasangan bertuah, Encik Nawawi dan Puan Zaiton ketika mereka sedang beriadah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Fafau ketika itu menawarkan cabutan bertuah tajaannya namun hadiah dirahsiakan.

Apabila diberitahu kepada pasangan ini mereka memenangi pakej mengerjakan umrah, Nawawi yang terlalu terharu terus melakukan sujud syukur kerana sudah lama dia dan isterinya menyimpan hajat mahu ke tanah suci.


http://instagram.com/p/yS3viYsyeS/?modal=true

 

Fafau yang berkongsi gambar pasangan ini mengerjakan umrah di laman Instagram turut meluahkan kegembiraannya selepas mereka selamat mengerjakan ibadah tersebut, minggu lalu.

Kami doakan moga makin melimpah ruah rezeki Fafau yang tak kedekut langsung untuk berkongsi rezekinya dengan orang lain yang tidak dikenalinya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori