• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fama Anjur Program Jualan Pasca Banjir Di T’ganu

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan program Jualan Pasca Banjir Fama di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu secara berjadual antara hari ini dan Isnin depan.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata jualan bermula dari pukul 7 pagi hingga 2 petang dengan penjimatan harga antara 20 hingga 50 peratus, bergantung kepada jenis komoditi.

“Program ini bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan bencana bagi mendapatkan bekalan lebih murah dan cukup,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, program itu bermula di Kemaman di hadapan tapak pasar tani bandar Chukai hari ini hingga Khamis. Ini diikuti di Keruak, Besut pada Jumaat dan Sabtu, manakala di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 18 dan 19 Jan.

Hasan berkata ibu pejabat Fama pula mengadakan Pasar Bergerak 1Malaysia, menggunakan bas serta lori, membawa barang-barang keperluan harian seperti bahan makanan, sayuran dan lain-lain untuk jualan terus kepada mangsa banjir terutama ke kawasan pedalaman. – BERNAMA

Tags: FAMAmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd