Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

PRU14: Lebih 64,000 Pegawai,...

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan lebih 64,000 pegawai dan...

Nokia 230, Telefon Dwi-Sim...

PIHAK Microsoft Malaysia baru-baru ini mengumumkan pengenalan telefon bimbit Nokia 230 untuk pasaran Malaysia,...

Kerajaan Cadang Tubuh Pusat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang menubuhkan sebuah Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan bagi...

Suhu Panas 39 Celcius...

CUACA panas kering 39 darjah Celcius di Madinah menjadi ujian awal kepada jemaah penerbangan...

F1: GP Korea Digugurkan Dalam Kalendar 2015

SEOUL – Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Korea yang diselubungi masalah kewangan sejak beberapa tahun digugurkan daripada kalendar perlumbaan berprestij itu tahun ini, umum pihak penganjur, hari ini.

Badan induk sukan permotoran dunia, FIA menggugurkan nama Litar Yeongam pada versi final jadual perlumbaan yang dipaparkan dalam laman web F1, semalam.

Pengguguran GP Korea bermakna hanya ada 20 pusingan perlumbaan musim ini.

“Kami sudah berulang kali memberitahu kedudukan kami kepada penganjur F1 yang kami tidak dapat kembali menganjurkan perlumbaan tahun ini,” kata seorang pegawai GP Korea kepada AFP.

GP Korea diadakan di selatan negara itu di Yeongam bermula pada tahun 2010 dengan kontrak sehingga 2016 selain pilihan pembaharuan kontrak selama lima tahun.


Begitupun, kerugian tinggi yang terhasil dianggarkan 190 billion won (RM616 juta) sejak empat tahun lalu membawa kepada pengguguran edisi pada 2014.

“Kerana kekurangan sokongan kewangan daripada kerajaan pusat atau kerajaan negeri, kami tidak memiliki pilihan untuk menggugurkan perlumbaan pada tahun ini juga,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

“Korea Selatan memiliki kelompok peminat yang kecil dan ahli perniagaan tempatan tidak teruja untuk menaja perlumbaan bermotor,” katanya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori