• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Etiqa Bina Rumah Bagi Mangsa Banjir Hilang Kediaman

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Etiqa Insurance & Takaful Berhad (Etiqa) bercadang membina rumah bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir dengan peruntukan antara RM6 juta dan RM7 juta.

Timbalan Presidennya, Ahmad Nasaruddin Hamzah, berkata sebanyak 75 peratus daripada peruntukan itu akan digunakan untuk pembinaan rumah di Kelantan manakala bakinya di Pahang.

“Langkah itu sebagai usaha untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah penempatan semula mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan rumah akibat bencana banjir bulan lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di beberapa kampung di Pulai Chondong di sini, malam tadi.

Ahmad Nasaruddin berkata, pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.

Beliau berkata, bagi penduduk yang hilang punca pendapatan akibat banjir, pihaknya akan menggalakkan mereka berniaga secara kecil-kecilan.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan antaranya tong gas, dapur, kain telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala kepada 280 penduduk. – BERNAMA

Tags: Etiqa InsuransRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd