• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Edry Akan Hantar ‘Surat Cinta’ Kepada Aweera

oleh AK-47
26/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI yang tercetus antara Edry KRU dengan bekas vokalis kumpulan MOJO, Aweera seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.

Masing-masing bertindak menyalahkan dan mengkritik satu sama lain menerusi media meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah pun diperkenalkan.

Tanpa kehadiran Aweera ekoran kontroversi yang melandanya dengan Edry, persembahan MOJO bersama band buskers OKU, Caliph Busker menerusi lagu Roman Cinta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) minggu lepas berjaya mendapat perhatian luarbiasa penonton.

Busking-Bersama-Caliph-Buskers

Ekoran itu, Aweera begitu berani mengeluarkan statement, mendakwa Edry bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia hingga kumpulan didiknya itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik pada malam tersebut.

aweera

Susulan itu, Edry memandang serius perkara berkenaan dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.

“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” katanya kepada Harian Metro.

Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.

“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambah Edry.

Apa yang boleh kami katakan, moga konflik antara mereka ini berakhir dengan cara baik sebab industri seni kita ni bukannya besar sangat.

Bak kata Melodi, ‘Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!’  -MYNEWSHUB

Tags: AJL29AweeraEDRY KRUmojo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Palsu Hina Agama, Aweera Buat Laporan Polis

02/05/2018
0

PENYANYI bersuara tinggi, Aweera mengakui terkejut dengan kewujudan akaun palsu menerusi laman Facebook yang menggunakan gambarnya bagi tujuan menghina agama...

“Tiada Istilah Tikam Lidah, Masam Muka” – Norman KRU

26/04/2018
0

TERDAHULU kumpulan rap lagenda, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry akhirnya menemui kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd