• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Model Rumah Untuk Mangsa Banjir – Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan dua model rumah bernilai RM48,000 seunit bagi pembinaan semula rumah mangsa banjir yang musnah sepenuhnya akibat bencana itu baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu menggunakan kaedah binaan terus di atas tanah dan binaan di atas tiang setinggi lapan kaki dari aras tanah.

Beliau berkata rumah itu mempunyai tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, satu tandas dan satu bilik mandi.

“Kita tetapkan tempoh pembinaannya perlu siap maksimum 75 hari dan untuk pastikan ia siap mengikut tempoh itu, kita akan melantik sebanyak mungkin kontraktor berwibawa bagi elak kelewatan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pelan tindakan pasca banjir di sini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata jumlah rumah yang rosak sepenuhnya akibat banjir di seluruh negara adalah 2,606 buah di mana 2,374 buah adalah di Kelantan.

Beliau berkata semua kerajaan negeri telah diminta mengesahkan status tanah milik mangsa secepat mungkin bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan segera termasuk meminimumkan prosedur biasa oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika permohonan pembinaan rumah.

“Apa yang penting, apabila dia (mangsa) maklum sahaja pada PBT, dan jika beliau ditakrifkan untuk terima bantuan mangsa banjir, kebenaran itu perlu diberi dengan kadar segera,” katanya.

PUTRAJAYA: Pelan binaan rumah baharu untuk mangsa banjir yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Banjir di Bangunan Perdana Putra di sini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pelan binaan rumah baharu untuk mangsa banjir yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Banjir di Bangunan Perdana Putra di sini. – Foto BERNAMA

Muhyiddin berkata kerajaan juga bersetuju memperuntukkan antara RM5,000 sehingga RM10,000 bagi membaiki rumah yang mengalami kerosakan di bahagian-bahagian tertentu akibat banjir.

Beliau berkata kerja-kerja membaiki rumah mangsa yang sebahagiannya sahaja rosak berjumlah 6,275 buah, tidak termasuk di Kelantan itu, boleh dimulakan segera kerana rumah-rumah berkenaan telah didaftarkan di bawah jawatankuasa banjir di peringkat negeri-negeri terbabit.

Kerja-kerja baik pulih itu juga boleh dilakukan secara gotong-royong oleh masyarakat setempat di mana peralatan dan bahan binaan seperti kayu, simen, batu bata atau bahan-bahan lain akan disediakan kerajaan pusat, katanya.

“Kita jangkakan kerja-kerja baik pulih ini akan mengambil masa kurang dua minggu,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd