Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bantuan Tunai RM10 Bilion...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat dengan nilai...

KKM Sentiasa Pantau Ubat...

JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penjualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar...

Negeri Sembilan Sumbang Lebih...

Seremban : Kerajaan negeri menyumbang RM527,640 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi...

Selain Nga Kor Ming,...

MAKLUMAT TERKINI: ZUNAR telah ditahan polis pukul 9 malam tadi....maklumat lanjut akan menyusul... Sebentar...

Dua Mayat Nahas AirAsia Akan Diserah Kepada Waris

Dua mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501, seorang lelaki dan seorang wanita yang telah dikenalpasti akan diserahkan kepada ahli keluarga mereka sebaik pengesahan rasmi diterima hari ini, menurut sumber polis Indonesia.

Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) juga telah berjanji untuk berusaha sedaya upaya untuk mencari baki mayat dari pesawat berkenaan yang terhempas Ahad lepas.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo telah pun memberi jaminan bahawa operasi besar-besaran akan dilakukan dengan fokus utama mencari mayat-mayat penumpang dan kru.

Menurut laporan media Indonesia, sehingga kini 10 mayat telah pun ditemui di Selat Karimata, Kalimantan daripada keseluruhan 162 orang penumpang di dalam pesawat berkenaan.

“Cuaca baik hari ini, kami akan berikhtiar sedaya-upaya untuk mencari jenazah dan mengesan lokasi pesawat,” kata wakil BASARNAS Sunarbowo Sandi, memetik laporan AFP di Pangakalan Bun.

Pangkalan Bun merupakan sebuah bandar di Kepulauan Borneo yang mempunyai landasan terbang paling hampir dengan lokasi nahas pesawat AirAsia berkenaan.

Sunarbowo berkata, penyiasat luar negara akan menyertai Pasukan Penyiasat Keselamatan Pengangkutan Indonesia dalam usaha mengesan secara tepat lokasi pesawat dan mendapatkan kotak hitam (perakam data penerbangan), yang penting dalam siastaan nahas pesawat malang itu.


“10 penyiasat dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) bersama dua penyiasat Perancis dan dua penyiasat Singapura akan menyertai pencarian hari ini.

MENARIK – Jenazah Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti 

“Kita harap jentera pengesan di bawah air akan berjaya mengesan isyarat yang lemah dari alat Emergency Locator Transmitter (ELT),” katanya.

Semalam, pihak tentera Indonesia telah berjaya mendapatkan imej sonar tentang badan sebuah pesawat yang berkeadaan terbaik di dasar Laut Jawa.

Pasukan penyelam sudah pun berada di lokasi pencarian dan bersedia dikerahkan sebaik sahaja badan pesawat AirAsia itu berjaya di kesan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori