Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Neelofa, Suami Mengaku Tak...

SEREMBAN - Selebriti, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) mengaku...

Tukang Masak Mengaku Tidak...

IPOH - Seorang tukang masak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Video: Awek Seksi Gaduh...

Sudahlah masing-masing berpakaian minima, terjerit-jerit pula bergaduh depan orang ramai.Akibatnya, kelakuan sekumpulan gadis...

Penolakan Minoriti Bukan Ukuran...

KUALA NERANG - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal tindakan...

Datuk Kasim Nyak Maon Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Datuk Kasim Nyak Maon, penterjemah kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein ketika melakukan lawatan pertamanya ke China, meninggal dunia di sebuah hospital pakar swasta di Damansara awal hari ini.

Allahyarham Kasim, 82, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.45 pagi akibat komplikasi jantung setelah seminggu berada di hospital itu, kata besannya, Datuk Syed Moheed Syed Kamaruzaman, kepada Bernama.

Menurutnya, Allahyarham Kasim yang berasal dari Yan, Kedah, meninggalkan isteri Datin Che Sayang Baharom dan dua anak perempuan, Karina, 31, dan Cut Widuri, 27.

Jenazah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada kira-kira 2.30 petang.

Antara kenalan Allahyarham yang berada di tanah perkuburan ialah bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim Ali dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Sanusi, yang juga anak saudara arwah, berkata Allahyarham telah memberi sumbangan ke arah meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-China dan Malaysia-Indonesia sepanjang khidmatnya sebagai pegawai di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, penguasaan bahasa Mandarin dan kefahaman tentang budaya masyarakat Cina menyebabkan Allahyarham sentiasa dipilih mengiringi lawatan rasmi delegasi Malaysia ke China ketika berkhidmat di jabatan itu.


Allahyarham juga, katanya, anak Melayu pertama berkelulusan dari National Taiwan University selain menjadi seorang usahawan yang menguasai cara perniagaan masyarakat Cina.

Sementara itu, Abdul Halim berkata arwah seorang pegawai yang berdedikasi termasuk ketika menjadi naib konsul Malaysia di Medan pada tahun 70-an.

“Ketika itu saya merupakan konsulat Malaysia ke Medan dan Allahyarham bekerja membantu saya selama empat tahun.

“Allahyarham memberi sumbangan besar terutama ketika negara mahu memulihkan hubungan dengan Indonesia selepas konfrontasi Malaysia-Indonesia,” jelasnya.

Menurut adik Allahyarham Kasim, Shukri Nyak Maon, abangnya mempunyai hubungan erat dengan adik-beradiknya dan banyak membantu mereka terutama dalam selok-belok perniagaan.

“Saya hilang rakan ketawa dan bergaduh, dia banyak membantu adik-beradik yang berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur untuk meningkatkan taraf hidup,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori