• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datin Seri Rosmah Lancar Yayasan OSAI Malaysia

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi melancarkan Yayasan OSAI Malaysia yang memberi penekanan kepada kebajikan kanak-kanak serta remaja terpinggir dan malang melalui perkhidmatan pendidikan, kebajikan, perubatan dan kewangan.

Rosmah berkata badan yang ditubuhkan pada 2013 itu harus dipuji atas pendekatan yang diambilnya dalam usaha menangani isu kanak-kanak dan remaja terbiar.

“Hakikatnya kita semua sedar bawa masalah ini bukan hanya perlu ditanggung pihak berwajib malah ia merupakan tanggungjawab sosial keseluruhan masyarakat,” katanya ketika berucap melancarkan yayasan itu di sini malam tadi.

Rosmah menegaskan bahawa setiap kanak-kanak dan remaja tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi harus mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan bermutu dan perlindungan seperti kanak-kanak dan remaja lain.

Dalam merealisasikan program yayasan itu, beliau menggesa anggota masyarakat supaya tampil memberi sumbangan bukan sahaja wang ringgit tetapi juga kepakaran, tenaga dan masa.

Rosmah melahirkan perasaan bangga dengan aktiviti yang dilakukan badan itu seperti mengadakan seminar untuk pelajar menduduki SPM, bekerjasama dengan IM4U untuk membersihkan rumah anak yatim, menganjurkan majlis berbuka puasa serta menyumbang pakaian dan makanan kepada kanak-kanak memerlukan.

Projek ‘Tree House’ anjuran yayasan itu untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang tidak mempunyai tempat tinggal dan terbiar di Lembah Klang turut mendapat perhatian beliau.

“Selain perlindungan dan tempat tinggal, kanak-kanak dan remaja yang tinggal di rumah OSAI akan dihantar ke sekolah untuk menerima pendidikan seperti rakan-rakan lain.

Kesimpulannya, rumah ini dibina dengan niat yang suci supaya kanak-kanak dan remaja berkenaan dapat membesar dalam persekitaran yang aman dan selamat, seterusnya menjadi warga Malaysia yang mempunyai masa depan dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara,” kata Rosmah.

Beliau seterusnya menggesa yayasan itu supaya menjalin kerjasama dengan pihak lain sama ada kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan dalam usaha mencapai objektifnya.

“Harapan saya ialah Yayasan OSAI selepas ini mampu bergerak dengan lebih jauh lagi dengan melangkau Kuala Lumpur dan Selangor. Ternyata ramai lagi kanak-kanak dan remaja memerlukan di luar sana,” kata Rosmah.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Penaung Yayasan OSAI Malaysia Puan Sri Tina Subramaniam dan presiden yayasan itu, Subathra Sunther. – BERNAMA

Tags: Rosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd