• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Campur RM23 Sepinggan, Naik Hampir 5 Kali Ganda

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.

“Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.

Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu,” kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama hari ini mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di sini yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.

Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

“Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami.

Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,’ katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol.

Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15.

Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter. – BERNAMA

Tags: Kelantanmakanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd