• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon STAM 2014 Lulus Semua Mata Pelajaran Meningkat 2.9%

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 3,823 pelajar atau 63.3 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 daripada keseluruhan 6,035 calon.

Keputusan itu meningkat 2.9 peratus atau 310 calon berbanding 2013 dengan 3,513 pelajar atau 60.4 peratus lulus semua mata pelajaran daripada 5,816 yang menduduki peperiksaan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2014 bagaimanapun menurun kepada 331 orang atau 5.5 peratus berbanding 369 (6.3 peratus) pada 2013.

“Secara keseluruhan, pencapaian calon STAM 2014 setanding dengan 2013, di mana indeks Gred Purata Nasional (GPN) kedua-dua tahun menunjukkan nilai sama iaitu 3.20 mata,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STAM 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) meningkat 39 orang, namun dari segi peratusan menurun sebanyak 0.1 peratus.

Khair berkata, calon yang mendapat sijil pangkat Jayyid (baik) dan Maqbul pula masing-masing meningkat 160 orang (1.6 peratus) dan 149 orang (2.3 peratus) berbanding 2014.

Menurutnya, secara keseluruhan, 8,800 calon menduduki STAM pada tahun lalu, termasuk 7,769 calon pelbagai kategori sekolah yang mendaftar 10 mata pelajaran dan kali pertama menduduki STAM, manakala 1,031 lagi adalah calon persendirian.

Ditanya mengenai penurunan jumlah calon yang mendapat Mumtaz bagi semua mata pelajaran, Khair berkata, Kementerian Pendidikan akan mengambil 64 guru penutur bahasa Arab jati pada 2016 untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

“Kertas cadangan pengambilan itu telah diluluskan pada peringkat kementerian, tetapi kami masih menunggu kelulusan kabinet,” katanya.

Selain itu, katanya, beberapa inisiatif akan turut dilaksanakan termasuk menjalankan program peningkatan guru. – BERNAMA

Tags: peperiksaanSTAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Prabowo Runding Lantikan Kabinet Dengan Sekutu

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu kekurangan guru, Kementerian Pendidikan (KPM) meluaskan pengambilan calon guru kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia...

Tarikh Peperiksaan STPM Dipinda

11/05/2022
0

PUTRAJAYA - Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd