• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caliph Buskers Mahu Terus Jadi Pemuzik Jalanan

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN Caliph Buskers yang cacat penglihatan akan terus menjadi pemuzik jalanan biarpun nama mereka melonjak popular selepas memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 Ahad lalu.

Ketua kumpulannya iaitu Khairul Azmi Saat atau Azmi, 28, berkata, dia tidak mahu menggunakan alasan kerana kejayaan itu untuk meninggalkan rutin harian berkenaan sebaliknya berpegang kepada cinta mendalam terhadap bidang muzik jalanan.

“Tiada sebarang sebab untuk tinggalkan persembahan basking dan kami akan teruskan aktiviti macam biasa kerana muzik adalah jiwa kami.

“Malah kami berharap bakat yang ada dapat dikongsi dengan orang lain dan cuma berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemuzik seperti kami,” katanya kepada mStar Online.

Persembahan bertenaga Caliph Buskers bersama Mojo pada malam kemuncak AJL 29 menerusi lagu RomanCinta telah membawa tuah apabila mereka dipilih sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Selain Azmi, Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Alun, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.

Persembahan mereka yang cacat penglihatan mendapat sambutan di luar jangkaan apabila kebanyakan penonton memuji persembahan berkenaan yang dianggap hebat dan luar biasa.

Mereka sering kali mengadakan persembahan di kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Dalam pada itu, Azmi teruja dengan pelawaan Edry Abdul Halim mewakili syarikat rakaman KRU Music yang ingin menghasilkan single pertama mereka selepas ini.

Jelas Azmi, mereka berenam sudah lama berhasrat untuk merakamkan lagu sendiri dan dia menyifatkan peluang itu seperti mimpi menjadi kenyataan.

“Langsung tidak sangka Edry sudi menghasilkan sebuah lagu untuk kami dan Insya-Allah peluang dan kepercayaan itu akan digunakan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Bercerita mengenai pengalaman mengadakan persembahan di pentas AJL 29, Azmi berkata, pada awalnya mereka tidak percaya apabila Edry meminta menyampaikan lagu Romancinta kerana dia bukan seorang penyanyi profesional.

Kata Azmi, perasaan gemuruh ketika mengadakan persembahan cukup menebal dalam dirinya namun sokongan daripada penonton menaikkan semangatnya dan ahli kumpulan lain.

“Saya tidak pernah terfikir untuk membuat persembahan di pentas AJL malah ketika Edry membuat pelawaan itu saya tidak percaya dan menganggap ia gurauan.

“Ini kerana saya bukan seorang penyanyi profesional dan rasanya tidak layak untuk berada di pentas berprestij itu. Ia pengalaman luar biasa,” katanya yang pernah bertugas sebagai tukang urut di Hospital Tun Hussein Onn dekat sini sebelum ini.

Sementara itu, Edry ketika ditemui berkata, beberapa kejadian melibatkan Mojo sebelum ini meninggalkan hikmah cukup besar kepada mereka semua dan menganggap kemenangan itu sebagai rezeki daripada Allah.

Malah kata Edry, penampilan Caliph Busker adalah pendedahan yang cukup baik kerana tidak ramai mengetahui mengenai bakat luar biasa dimiliki kumpulan itu.

“Sebelum meminta mereka menyanyikan lagu itu saya sendiri pergi menonton persembahan mereka di Jalan Tunku Abdul Rahman dan lihat mereka mempunyai bakat cukup besar.

“Alhamdulillah kemunculan mereka diterima cukup baik dan ini baharu satu permulaan buat mereka dan Insya-Allah ada perkara baik lain akan menyusul,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=ExR-ghlSrYc

https://www.youtube.com/watch?v=45k7-Q-31VQ

Tags: Caliph Buskerspenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd