Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Sah Lagu Indonesia Raya...

JAKARTA - Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan...

Lebuh Raya MEX Beri...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya MEX akan menikmati diskaun tol sebanyak 10...

“Saya Tak Boleh Pegang...

PENGERUSI Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan tindakannya melepaskan...

Usah Percaya Berita Tular...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia selain jemaah haji yang berada di Tanah...

QZ8501: Cairan Kuning Pekat, Dugaan Buat Tukang Cuci Hospital

SELAIN pasukan operasi dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 berdepan cabaran getir dan sukar dalam operasi mereka, tukang cuci di hospital transit mayat-mayat mangsa nahas turut mempunyai cabaran mereka yang tersendiri.

Sarinah, salah seorang pekerja pembersihan di Hospital Imanuddin, Pangkalan Bun.
Sarinah, salah seorang pekerja pembersihan di Hospital Imanuddin, Pangkalan Bun.

Salah seorang pencuci di Hospital Imanuddin di Pangkalan Bun, Sarinah (gambar) mengakui dia berasa sedikit keletihan berikutan terpaksa melakukan pembersihan setiap kali mayat dari Laut Karimata tiba di hospital berkenaan.

Hospital tempat Sarinah bekerja merupakan lokasi transit pertama bagi mayat sebelum diterbangkan ke Surabaya untuk menjalani proses pengecaman identiti.

Sarinah berkata, dia kerja secara bergilir-gilir bersama rakannya, Anis Neni Yuliati untuk mencuci lantai yang kotor dengan kesan cairan kuning pekat yang menitis daripada mayat nahas pesawat itu.

“Kami akan bergilir untuk membersihkan setiap laluan serta salah satu sudut ruangan yang dijadikan pusat Unit Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk mengenalpasti identiti mayat. Bau yang kurang menyenangkan menyusuk hidung kami sebaik mayat dibawa keluar dari kenderaan.

1-Jenazah-Korban-AirAsia-QZ8501-Telah-Tiba-di-RSUD-Imanuddin-480x375


“Bila mayat ditolak bukan kesan roda yang terdapat di lantai, tetapi titisan warna kuning pekat yang mengalir dari tubuh mayat,” katanya.

Mereka menggunakan pembasmi kuman dan cairan pemutih untuk menanggalkan kesan kotoran berkenaan, namun bau yang menyengat biasanya tak hilang dengan mudah.

Sarinah memberitahu dia terpaksa mencalit sedikit minyak kayu putih pada topeng muka yang dipakainya bagi mengurangkan bau kuang enak memasuki rongga hidung sekaligus mengundang muntah ketika kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=lqh2m6aLRQo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori