Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kepada peniaga yang menaikkan harga barangan, kata Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau berkata, pada masa sama, pengguna juga perlu menyenaraikan terlebih dahulu barang yang perlu dibeli serta mengawal perbelanjaan secara berhemah untuk mengelakkan belanja berlebihan.

Sekiranya barangan dijual pada harga yang agak mahal, pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot atau mencari alternatif lain dengan tidak membeli barangan daripada peniaga berkenaan, katanya kepada Bernama berhubung rungutan pengguna tentang harga barang yang kekal pada harga semasa meskipun kos bahan api di negara ini turun berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Berikutan trend menurun harga bahan api dunia, mulai 1 Disember lepas, penetapan harga runcit petrol dan diesel di Malaysia kini dilakukan mengikut kaedah Pengapungan Terkawal, yang antara lain bertujuan memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada penurunan harga minyak mentah dunia.

Mohd Yusof berkata, pengguna boleh berjimat dengan membeli barangan ketika jualan murah atau jualan gudang yang diadakan di pusat membeli-belah.

Selain itu, pengguna juga boleh mengurangkan beban perbelanjaan dengan mendapatkan barangan daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), satu daripada pelbagai inisiatif yang diusahakan kerajaan untuk membantu rakyat.


Berdasarkan tinjauan pengguna, barangan basah di KR1M terpilih dijual antara 10 hingga 46 peratus lebih rendah daripada harga pasaran malah harga barang keperluan isi rumah jenama 1Malaysia tidak pernah dinaikkan sejak diwujudkan pada 2011.

Mohd Yusof berharap kerajaan akan menambah serta memperluaskan KR1M di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar.

“Mungkin ada kesukaran bagi mereka yang tinggal di kampung-kampung untuk membeli barangan di KR1M sebab selalunya KR1M banyak di bandar-bandar sahaja saya syorkan agar diperluaskan lagi KR1M ini,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1r7wQbsh7WI

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...