• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brazil, Belanda Tak Puas Hati Terhadap Jokowi

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Brazil dan Belanda memanggil balik duta masing-masing dari Indonesia dan menyatakan rasa marah kepada Jakarta semalam, selepas rayuan kedua-dua negara supaya warga mereka tidak dihukum mati, diabaikan.

Enam pesalah dadah, termasuk dari Vietnam, Malawi dan Nigeria maut di depan laras senapang penembak tepat semalam.

Seorang daripada pesalah itu adalah warga Indonesia sendiri.

Ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama di bawah pentadbiran Presiden Jokowi.

Jurucakap Presiden Dilma Roussef berkata, pemimpin Brazil itu tertekan dan berang selepas Jakarta tidak mengendahkan rayuan saat-saat akhir untuk tidak membunuh Marco Archer Cardoso Moreira yang disabitkan kesalahan menyeludup kokain pada 2004.

“Menggunakan hukuman mati ketika ia semakin ditolak komuniti antarabangsa memberi kesan serius kepada hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Jurucakap itu berkata, Duta Brazil dipanggil pulang untuk proses rundingan.

Sementara itu Menteri Luar Belanda, Bert Koenders berkata, duta mereka dipanggil balik kerana membantah pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat negara itu, Ang Kiem Soei.

Menurutnya, Amsterdam menganggap kematian enam pesalah terbabit sebagai satu perkara yang “amat menyedihkan.”

“Doa saya untuk keluarga mereka yang terbabit dalam pengakhiran dramatik pada tahun tidak menentu ini,” katanya.

Koenders berkata, Belanda tetap kekal membantah pelaksanaan hukuman mati berkenaan.

Menurutnya, Raja Willem-Alexander dan Perdana Menteri Mark Rutte berhubung dengan Jokowi mengenai isu itu.

“Kerajaan melakukan apa yang terdaya untuk menghentikan hukuman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

Tags: Jokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

02/06/2023
0

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd