• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos AirAsia Indonesia Mengaku Lalai Ubah Jadual QZ8501

oleh
15/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif PT Indonesia AirAsia, Sunu Widyatmoko semalam mengakui syarikat penerbangan tambang rendah itu melakukan kelalaian dari segi isu pentadbiran ketika mengurus perubahan jadual pesawat QZ8501.

Akhbar-akhbar tempatan di sini pada Rabu melaporkan pengakuan secara terbuka Sunu ketika hadir untuk memberi keterangan pada sesi pendengaran umum di hadapan ahli-ahli panel Suruhanjaya Kelima Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) republik Indonesia.

DPR atau dewan rendah Parlimen Indonesia mengandungi 11 suruhanjaya berbeza atau disebut komisi dan tugas Suruhanjaya Kelima meliputi bidang pengangkutan, pekerjaan, perumahan, pembangunan desa terpencil dan perkhidmatan cuaca.

Dikenali juga sebagai Komisi V, ahli-ahli panel suruhajaya itu memantau empat kementerian dan empat badan kebangsaan termasuk Kementerian Pengangkutan dan Badan Pencari Penyelamat Nasional (Basarnas) yang terlibat dalam isu QZ8501.

Kompleks Dewan Perwakilan Rakyat di Parlimen Indonesia di Jakarta. – Gambar hiasan

“Ada kelalaian administrasi (pentadbiran) dari kami (AirAsia) untuk tidak menyampaikan usul rancangan perubahan ke Direktorat Perhubungan Udara dan hal ini menjadi koreksi (pembetulan) bagi internal (hal ehwal dalaman) kami,” kata Sunu.

Beliau menjelaskan, kelalaian tersebut susulan pihak AirAsia baharu sahaja menyelesaikan perubahan slot penerbangan kepada Kementerian Pengangkutan secara lisan namun belum menerima pertukaran secara rasmi untuk keizinan terbang.

Tanpa permit kebenaran tersebut ujar Sunu, AirAsia sebaliknya menyampaikan laporan perubahan slot penerbangan QZ8501 langsung kepada beberapa agensi penerbangan awam Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya.

Suruhanjaya itu dimaklumkan, setelah melakukan penyelarasan jadual baharu dengan pihak lapangan terbang itu sendiri, AirAsia pun terus melaksanakan pertukaran hari penerbangan untuk laluan Surabaya-Singapura kepada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Sunu mengakui, perubahan itu sekali gus bertentangan dengan permit asal Kementerian Pengangkutan yang masih lagi mengguna pakai jadual lama QZ8501 untuk kebenaran penerbangan hanya pada Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu. – Agensi

Tags: AirAsiaIndonesiaQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd