• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beregu Lelaki Dan Campuran Negara Gagal Ke Final

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Harapan untuk melihat wakil negara menerusi beregu campuran dan beregu lelaki beraksi di final gagal selepas tumpas kepada lawan masing-masing pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia Masters 2015 di Stadium Perpaduan Negeri, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Impian beregu campuran Chan Peng Soon/Lai Pei Jing mara ke final kejohanan ini musnah selepas tewas mudah kepada pilihan utama kejohanan dari Denmark, Joachim Fischer Nielsen/Christina Pedersen.

Gandingan negara nyata gagal menyaingi kehebatan pasangan Denmark itu apabila tewas 10-21 pada set pertama, dan kalah set kedua 7-21 dalam pertarungan yang hanya berlangsung selama 33 minit.

Peng Soon/Pei Jing ketika ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui pasangan Denmark itu berada pada tahap lebih baik berbanding mereka, selain faktor terlalu ‘hormat’ mengakibatkan mereka gagal memberikan persembahan terbaik.

“Terlalu hormat kepada mereka membuatkan kami teragak-agak dan tidak mampu beri segalanya ketika bermain, tetapi apa pun mereka sememangnya mempunyai kualiti permainan yang lebih baik,” kata Peng Soon.

Episod duka skuad negara diteruskan selepas beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas dalam pertarungan tiga set kepada pilihan kelapan kejohanan, Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin dari Taiwan.

Biarpun tewas 18-21 pada set pertama, V Shem/Wee Kiong kembali memperkemaskan permainan mereka untuk menang 21-19, pada set kedua.

Peluang bermain pada set ketiga bagaimanapun gagal digunakan sebaik mungkin pasangan negara itu apabila tewas 12-21 dalam pertarungan selama 50 minit.

V Shem/Wee Kiong ketika ditemui selepas permainan berkata beberapa kesilapan yang dilakukan mereka digunakan sebaik mungkin oleh gandingan Taiwan itu untuk meraih mata dan seterusnya memenangi perlawanan. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd