• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Bersih Di Kelantan Pulih Seminggu Lagi

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Sebanyak 13,817 pengguna yang terputus bekalan air sejak 25 Dis lepas akibat banjir di Kelantan, dijangka mendapat bekalan semula apabila loji pemprosesan air yang terjejas siap dibaik pulih dalam tempoh seminggu lagi.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata operator bahagian air dari negeri lain sedang giat membantu syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mempercepatkan proses pemulihan itu.

“Dalam kejadian banjir itu, AKSB mengalami kerugian kira-kira RM10 juta apabila peralatan memproses air di loji-lojinya rosak akibat banjir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Loji Memproses Air Tualang di sini, hari ini.

Mahdzir berkata antara loji yang rosak teruk dan sedang dibaik pulih di jajahan Gua Musang ialah di Limau Kasturi, Aring dan Bertam manakala di Kuala Krai membabitkan Tualang dan Stong.

Beliau berkata sehingga ini, sebanyak 12 loji yang rosak di seluruh Kelantan telah berjaya dipulihkan untuk memberi kemudahan bekalan air bersih kepada 223,300 pengguna.

Mahdzir berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta mempercepatkan laporan mengenai kerugian yang dialami oleh AKSB untuk dipertimbangkan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

“Di sini (Tualang) banyak paip yang pecah termasuk pam penyedut air dari Sungai Kelantan masih lagi ditenggelami air dan sukar untuk dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk meringankan bebanan mangsa banjir termasuk dalam mendapatkan bekalan air bersih. – BERNAMA

Tags: bekalan airKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd