• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BASARNAS Yakin Temui Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) nahas AirAsia QZ8501 yang memasuki seminggu, setakat ini telah menemui 30 mayat dan dua objek besar yang dipercayai bangkai pesawat itu.

Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) Bambang Soelistyo berkata berdasarkan kepada saiz dan jenis dua objek besar di dalam dasar laut itu, pihaknya yakin ia adalah bangkai pesawat AirAsia.

“Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa siaran televisyen tempatan.

Beliau berkata bahagian paling besar dianggarkan bersaiz sekitar 10 meter kali lima meter dan kedua-dua objek besar itu berada kira-kira 30 meter di bawah permukaan air.

Daripada 30 mayat yang ditemui itu, 17 adalah lelaki dan 13 lagi perempuan dan jenazah-jenazah itu dihantar ke Hospital Bhayangkara, Surabaya untuk proses kenal pasti.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Dis).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia serta United
Kingdom.

Kru terdiri daripada enam Indonesia dan seorang Perancis. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd