• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Cari Baki Mayat Mangsa QZ8501 Diteruskan – BASARNAS

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan 92 lagi baki mayat mangsa nahas pesawat Airasia Indonesia Penerbangan QZ8501 akan diteruskan walaupun tiada lagi penglibatan pihak berkuasa lain seperti Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo berkata, penarikan diri TNI tidak ada kaitan dengan tindakan memberhentikan operasi seperti yang dilaporkan media.

“Sepanjang saya selaku penyelaras usaha mencari dan menyelamat, belum dinyatakan ditutup. Maka operasi pencarian masih tetap berlanjut,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen MetroNews di sini hari ini.

Bambang berkata, kekuatan Basarnas tidak lemah walaupun tanpa pasukan TNI kerana Basarnas turut mempunyai sistem pencarian seperti alat pencarian di bawah air dan sedang diusahakan oleh kapal milik SKK Migas.

Katanya, Basarnas memberikan tempoh dua hari untuk pasukan SAR berehat setelah bekerja selama sebulan di tengah laut.

Usaha mencari pesawat Airasia memasuki hari ke-31. Penerbangan QZ8501 itu hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis lepas semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Setakat ini, usaha mencari dan menyelamat telah menemukan 70 mayat dan daripada jumlah itu, 55 mayat telah dikenal pasti dan diserahkan kepada waris masing-masing.

Basarnas kini akan menumpukan usaha mencari mayat dan tidak lagi menjalankan kerja-kerja mencari bangkai pesawat berkenaan.

Pihak berkuasa juga telah memulakan siasatan kejadian setelah menemui kotak hitam pesawat minggu lepas dan telah menaikkan badan pesawat itu yang terbenam dalam dasar laut di Selat Karimata di Laut Jawa dua hari lepas. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ho13SSQbr5E

Tags: AirAsia IndonesiaQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd