• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Rempuh Di China.. Bapa Cari Tan Wei Di 4 Hospital

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Bapa kepada Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Dataran Chen Yi, Shanghai, China Rabu lepas, terpaksa memeriksa empat buah hospital di bandar raya berkenaan sebelum mendapat tahu anak perempuan tunggalnya maut dalam kejadian tersebut.

Dalam nada sedih, Tan Chin Hin menceritakan bahawa sebaik tiba di Shanghai dari Kuala Lumpur pada Khamis lepas, setelah dimaklumkan oleh isterinya Lee Siew Yan yang sedang bercuti di China bahawa anaknya terlibat dalam kejadian rempuhan itu, beliau tidak dapat mengesan nama anaknya dalam senarai awal mangsa insiden itu yang dikeluarkan pihak berkuasa China.

“Saya tidak dapat mencari di mana anak saya berada, setelah bertanya kepada beberapa pihak saya difahamkan mangsa kejadian itu dihantar ke empat buah hospital berlainan sekitar Shanghai.

“… saya pun pergi ke setiap hospital yang dinyatakan. Setelah saya sampai di hospital keempat dan memeriksa bilik mayat hospital itu, baru saya tahu anak saya sudah tiada,” kata Ketua Kampung Jenjarom itu kepada rakan-rakan dan pemberita ketika ditemui di Kuil FGS Dong Zhen, Jenjarom dekat sini.

Tan dan isteri tiba bersama mayat mendiang Tan Wei, pelajar di salah sebuah universiti di wilayah Hangzhou, wilayah Zhejiang, di sini hari ini.

Pesawat yang membawa mayat mendiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira 7 petang tadi dan sampai di perkarangan kuil di sini, kira-kira 40 minit kemudian.

Ketibaan mayat mendiang Tan Wei disambut kira-kira 300 orang yang terdiri daripada kaum keluarga, rakan-rakan serta penduduk setempat.

Selain Tan Wei, Tan Chin Hin mempunyai dua lagi anak lelaki.

Difahamkan mayat mendiang akan ditempatkan di kuil berkenaan sehingga Rabu ini untuk rakan-rakan dan saudara-mara memberi penghormatan terakhir, sebelum mendiang disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

Dalam kejadian semasa sambutan ambang tahun baharu itu, seramai 35 orang terbunuh dan 48 yang lain cedera dalam kejadian yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku di Shanghai.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang tercedera dalam rempuhan itu, Ooi Hooi Yi masih menerima rawatan di Hospityal Changzheng dan dilaporkan bertambah baik.
– BERNAMA

Tags: pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd